ETIKA MUZIUM DALAM DISIPLIN MUZIUM SEMASA

ETIKA MUZIUM DALAM DISIPLIN MUZIUM SEMASA : SUATU SOROTAN

Abstrak:

Muzium merupakan institusi penting untuk konteks dunia moden yang berfungsi menjaga, merawat, menyelidik, mendidik dan mempamerkan warisan sejarah milik sesuatu masyarakat. ICOM sebagaiorganisasi yang bertanggungjawab menjaga muzium seluruh dunia telah menetapkan etika dan Statut Muzium untuk kegunaan muzium seluruh dunia. Hal ini dibuat bagi memastikan visi, falsafah, perjalanan dan modus operandi sesuatu muzium itu berjalan seragam menepati falsafah ICOM. Kajian ini akan meneliti secara kritikal setiap butiran etika muzium yang ditetapkan oleh ICOM. Untuk itu, semua data-data kajian akan bergantung sepenuhnya kepada data kepustakaan. Ia kemudiannya akan dianalisa secara kritikal menggunakan world-view Islam. Di akhir kajian, kita bakal memperincikan setiap etika muzium yang ada kaitan dengan disiplin muzium moden, termasuk perkembangan falsafah muzium yang terkini. Antaranya adalah muzium dan dialog peradaban serta kesedaran muzium baru. 

ETIKA MUZIUM DALAM DISIPLIN MUZIUM SEMASA : SUATU SOROTAN

Ahmad Farid Abd Jalal,

Rahimin Affandi Abdul Rahim

Siti Maimunah Binti Kahal

Awang Azman Awang Pawi

Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Emel : farid.museumpahang@gmail.com

  1. Pengenalan

 Disiplin muzium adalah ilmu yang paling dinamik untuk konsteks zaman moden. Sifat kedinamikan ini terserlah apabila ia mempunyai empat perkara sekaligus. Pertama, binaan dan kerangka epistemologinya yang jelas dan difahami oleh kalangan ilmuannya. Kedua, ia berjaya menarik minat ahli masyarakat kerana formula penyelesaian masalahnya bertepatan dengan logik yang menjadikannya tetap relevan. Ketiga, ia sentiasa direview untuk tujuan penambahbaikian yang berterusan di peringkat institusi pengajian tinggi. Dalam soal ini, hasil usaha review – pembaikian dikumpulkan dalam koleksi khusus bagi rujukan penyelidik apabila diperlukan.1 Keempat, ia mempunyai badan induk khusus yang menaungi kesemua muzium di seluruh dunia; tidak kira sama ada di negara maju, sedang membangun dan mundur. Sejak ditubuhkan pada tahun 1946, ICOM telah memainkan peranan utama di dalam bidang permuziuman antarabangsa. Ia terlibat memperkenalkan pelbagai program penambahbaikan muzium yang sepatutnya. Ia mengambil kira aspirasi kesemua negara ahli.2

  1. Penghargaan

Dapatan ini telah dibiayai oleh skim geran penyelidikan FRGS/1/2019/SS103/UM/02/6 yang bertajuk “Module Development on the Deradicalisation of Religious Terrorism based on the Local Malay-Muslim Approach” yang telah dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan skim geran penyelidikan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (ASA-RC) yang bertajuk Meraikan Ilmu (ASARC-MUSEOLOGI/001/2021). Sehubungan dengan itu, pihak penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada KPM dan ASA-RC atas sumbangan dana yang telah diberikan. 

1 Ahmad Farid Abdul Jalal (2017), Pengaruh Ilmu Kolonial Dalam Permuziuman Di Malaysia: Satu Analisis, e-Academia Journal, Volume 6, Issue 1, h. 127-141

2 Ahmad Farid Abd Jalal (2020), Muzium Dan Kedaulatan Institusi Beraja Di Malaysia, Jurnal ‘Ulwan , Jilid 5 (1), h. 27-44