ISLAM DAN PERMUZIUMAN

ISLAM DAN PERMUZIUMAN1

Oleh : Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba

Profesor Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MUKADDIMAH

Muzium adalah tempat menyimpan khazanah. Khazanah artifak yang terpilih mewakili zaman dan budaya, menemukan tradisi dan tamadun dan ianya memberi makna tentang kesilaman. Memahami kesilaman amat penting kerana wujud kesinambungan antara yang lalu, hari ini dan masa depan. Rekod-rekod yang lalu tidak saja terkandung kisah dan sejarah tetapi tersirat tafsiran yang berbagai. Tafsiran terhadap sejarah adalah mustahak kerana tanpa memahami sejarah kita tidak akan mengenal siapa kita, apa pencapaian dan kegagalan kita, bagaimana kita belajar dari kegagalan dan bagaimana jangan mengulangi kesilapan lagi. Muzium bukan saja tempat menyimpan barang-barang lama tetapi manusia hari ini harus reflektif kerana artifak dan antikuiti terkandung mesej-mesej tertentu untuk direnungkan.

AKHIR KALAM

Islam dan permuziuman adalah sesuatu yang saling memanfaatkan. Artifak zaman ketamadunan Islam adalah rekod tentang pencapaian umatnya. Sekirannya khazanah itu ditafsir secara mentifak ianya memberi kesan besar terhadap pemikiran dan hala tuju kehidupan. Ada maksud-maksud yang tersirat dan besar maknanya terhadap diri manusia. Sekiranya tamadun Islam dilihat sebagai tamadun yang mewakili, maka peradaban hari ini harus kembali kepada suatu kekuatan bahawa muzium menyimpan khazanah yang bernilai dan nilai artifak beserta dengan maksud mentifak menyatakan kepada manusia bahawa apa yang berlaku pada masa yang lalu boleh berulang semula. Cuma bentuk dan isinya mungkin berbeza. Pokoknya takdir sejarah boleh mengulangi semula. Dan semua yang terjadi adalah peringatan kepada manusia supaya jangan melampaui batas. Sikap melampau batas boleh menyuburkan kemungkaran, konflik dan gopoh sehingga pertimbangan budi yang menjadi asas binaan budaya semakin merosot dan faham dendam dan kebencian mengambil tempat.

Muzium harus mampu menampung himpunan khazanah terdahulu sebagai saksi jejak-jejak perubahan dan kemajuan juga kemunduran dan kerosakan supaya ianya meninggalkan iktibar kepada generasi haridepan bahawa asas kukuh untuk membangun suatu peradaban ialah ilmu dan akhlak.

Tanpa ilmu dan akhlak anarki (chaos) akan terjadi dalam semua aspek kehidupan. Kertertiban dan adab akan hilang. Yang bakal lahir ialah faham kenafsian yang tinggi yang menyebabkan sifat haiwani lebih nyata mengatasi sifat manusiawi yang ingin mempertahankan nilai dan etika.

Muzium adalah tempat merakam sejarah, pencapaian manusia dan kegagalannya. Ia menjadi cerminan masalalu,masakini dan masadepan. Ia menjadi pusat pendidikan yang terbaik kepada manusia kerana artifak dan mentifak tidak berdusta kepada manusia.

Yang amat penting dalam memahami apa yang terjadi dan bahan yang dikumpulkan ialah upaya tafsir yang bertunjangkan etika dan nilai supaya generasi haridepan akan jadi lebih manusiawi. Inilah intipati risalah yang dibawa oleh tradisi permuziuman. Tanpanya manusia hilang iktibar kerana rakaman sejarah yang lalu ada cerminan tuntutan hari ini dan cabaran hari depan. Refleksi terhadap kesilaman, ketertiban menjalani hidup kini dan futuristik mengatur peradaban masa depan adalah cabaran yang sentiasa menanti. Sabda Rasulullah SAW – inilah hikmah yang hilang yang perlu dicari