MANUSKRIP HUKUM KANUN PAHANG : ANTARA KEPENTINGAN DAN KRITIKAN SARJANA KOLONIAL
Ahmad Farid Abd Jalal,
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Siti Maimunah Binti Kahal
Perbadanan Muzium Negeri Pahang
Emel : farid.museumpahang@gmail.com
ABSTRAK
Pada dasarnya, artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap Manuskrip Hukum Kanun Pahang yang menjadi bukti kelangsungan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Ia adalah karya intelektual Melayu yang dihasilkan oleh pakar perundangan Islam. Premis asas artikel ini untuk menunjukkan pendekatan negatif yang diamalkan oleh sarjana kolonial di Tanah Melayu apabila mereka mengulas Manuskrip Hukum Kanun Pahang. Artikel ini akan menggunakan pendekatan pasca kolonial menggunakan kaedah pensejarahan yang meneliti perkembangan sesuatu idea. Fakta yang diperolehi akan ditapis dengan teliti dengan menggunakan pendekatan induksi sejarah Islam alam Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan bagaimana sarjana kolonial memang mempunyai sifat kebencian yang melampau terhadap karya intelektual Islam seperti Hukum Kanun Pahang. Hal ini terbukti dengan pendedahan kesemua nisbah negatif yang ditonjolkan oleh sarjana kolonial terhadap Hukum Kanun Pahang ini. Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh sarjana kolonial ini bukan setakat merendahkan autoriti hukum kanun pahang, bahkan turut menonjolkan elemen positif dasar kolonialism britain di Tanah Melayu.
Kata Kunci: Hukum Kanun Pahang, Sarjana Kolonial, Hukum Islam, Melayu, Tulisan Jawi
MANUSKRIP HUKUM KANUN PAHANG : ANTARA KEPENTINGAN DAN KRITIKAN SARJANA KOLONIAL
Ahmad Farid Abd Jalal,
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Siti Maimunah Binti Kahal
Perbadanan Muzium Negeri Pahang
Emel : farid.museumpahang@gmail.com
- Pengenalan
Islam sebagai agama yang mementingkan ilmu dalam hidup menjelaskan bahawa ilmu diperlukan untuk memahami erti dan maklumat hidup, bahkan menjadi penjana aktiviti penjana aktiviti kehidupan ke arah yang lebih baik. Manusia adalah insan digelar Homo Sapien (memerlukan sistem komunikasi untuk hidup)1 yang memerlukan alat untuk membolehkan memproses ilmu dan komunikasi dapat dijalankan. Allah menyediakan manusia dengan modal akal, fitrah dan iradah untuk proses mendapatkan ilmu. Dalam Al-Quran menyebutkan, modal akal dan iradah inilah yang menjadikan manusia sebagai mahkluk paling mulia sehingga malaikat dikehendaki sujud kepada Nabi Adam.
Kewujudan sesuatu manusckript ilmu dalam sesuatu bangsa adalah menjadi mercu tanda keunggulan tamadun bangsa tersebut. Sarjana peradaban menerangkan bahawa sesuatu tamadun hanya wujud seandainya masyarakat terbabit mempunyai sistem tulisan yang khusus.2 Melalui sistem tulisan ini, merujuk kepada sistem tulisan jawi, ahli masyarakat yang menjadi komponen tamadun Melayu dapat merakam, mengungkap, meniru dan melakukan sentesis sehingga melahirkan karya ilmu yang kemudiannya dijadikan formula untuk penyelesaian masalah yang timbul.3
Manuskript Hukum Kanun Pahang (HKP) adalah Malay degist yang membuktikan undang-undang Islam memang menjadi dasar pemerintahan bernegara di Tanah Melayu. Atas dasar itu, ia menjadi khazanah berharga untuk dikaji. Atas dasar itu, kajian ini akan menganalisa kepentingan teks Hukum Kanun Pahang (HKP) dalam sejarah intelektual Melayu-Islam di Tanah Melayu. Kita juga akan memperincikan serta mengulas pandangan sarjana kolonial yang memandang remeh terhadap Hukum Kanun Pahang (HKP).
Penghargaan
Dapatan ini telah dibiayai oleh skim geran penyelidikan FRGS/1/2019/SS103/UM/02/6 yang bertajuk “Module Development on the Deradicalisation of Religious Terrorism based on the Local Malay-Muslim Approach” yang telah dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan skim geran penyelidikan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (ASA-RC) yang bertajuk Meraikan Ilmu (ASARC-MUSEOLOGI/001/2021). Sehubungan dengan itu, pihak penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada KPM dan ASA-RC atas sumbangan dana yang telah diberikan.
1 Muhammad Kamal Hasan (2001) dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO, Kuala Lumpur: UIAM, h. 1.
2Ahmad Farid Abd Jalal (2020), Muzium Dan Kedaulatan Institusi Beraja Di Malaysia, Jurnal ‘Ulwan , Jilid 5 (1), h. 27-44
3 Mohd Puaad Bin Abdul Malik (2018), Kitab Jawi Dan Pengilmuan Masyarakat Melayu, Jurnal ‘Ulwan, Jilid 1, h. 34-57