PROSES MUZIUMOLOGI ISLAM : SATU PENGENALAN
Ahmad Farid Abd Jalal,
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Siti Maimunah Binti Kahal
dan Awang Azman Awang Pawi
Perbadanan Muzium Negeri Pahang
Emel : farid.museumpahang@gmail.com
- Pengenalan
Dalam perkembangan sosio-politik-ekonomi semasa, muzium telah menjadi salah satu industri dan mekanisme terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini berlaku dengan wujudnya konsep kluster muzium – muzium yang telah menjadi penjana ekonomi dalam bentuk Cultural Tourisme bagi sesebuah negara. Ia diikuti dengan langkah setiap negara dunia menubuhkan mempunyai kementerian pelancongan yang tersendiri.
Fenomena ini berlaku di negara barat dan negara Asia. Contoh di Eropah dapat dilihat kepada muziumBilbao Guggenheim dan Muzium The Louvre di Perancis yang telah berjaya menjadikan bandar raya Basque dan Paris sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Di Asia pula, National Museum of China di Beijing telah mencatatkan dikunjungi 8 juta pengunjung pada tahun 2018. Hal yang sama berlaku di Shanghai apabila Muzium Sains Dan Teknologi di Shanghai yang menerima seramai 6.4 juta pengunjung pada tahun 2018. Di korea selatan pula, muzium kebangsaan negara mencatatkan seramai 3.3 juta pengunjung. Di Jepun pula, pada tahun 2018, tiga buah muzium iaitu the Tokyo Metropolitan Art Museum, National Art Center, National Museum of Nature and Science telah menerima seramai 7.8 juta pengunjung. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa produk muzium dapat menjadi penjana utama perkembangan pelancongan warisan di sesebuah negara.1
Ia memberi kesan secara langsung kepada negara umat Islam. Konsep pelancongan Islam telah menjadi salah satu produk pelancongan baru yang diperkenalkan di kebanyakan negara Islam. Negara-negara Islam merupakan salah satu destinasi yang sering menjadi perhatian pelancong ketika ini berikutan berkembangnya permintaan terhadap perjalanan pelancongan yang menitikberatkan ciri-ciri Islam. Atas dasar itu, tren pelancongan Islam kini dilihat semakin berkembang secara pantas yang mana permintaan dan penawaran terhadap pelancongan ini sering meningkat dari semasa ke semasa.2
Selepas peristiwa 9/11 2001, memang berlakunya pertambahan kedatangan pelancong negara umat Islam di negara Islam. OIC telah mewujudkan konsep Muslim Friendly tourism yang menyenaraikan pelbagai produk pelancongan yang patuh syariah di negara umat Islam. Ia merangkumi produk perhotelan, perubatan dan pendidikan.3 Sayangnya, produk muzium patuh syariah belum lagi diwujudkan, sedangkan potensi amat besar bagi memajukan sektor pelancongan milik umat Islam. Sudah sampainya produk muzium patuh syariah diwujudkan. Andainya hal ini dilakukan, di tambah pula dengan penambahbaikian kandungan dan persembahan institusi muzium Islam di Malaysia, ia dijangka akan mampu menyumbang pendapatan utama kepada industri pelancong di Malaysia.4
- Penghargaan
Dapatan ini telah dibiayai oleh skim geran penyelidikan FRGS/1/2019/SS103/UM/02/6 yang bertajuk “Module Development on the Deradicalisation of Religious Terrorism based on the Local Malay-Muslim Approach” yang telah dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan skim geran penyelidikan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (ASA-RC) yang bertajuk Meraikan Ilmu (ASARC-MUSEOLOGI/001/2021). Sehubungan dengan itu, pihak penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada KPM dan ASA-RC atas sumbangan dana yang telah diberikan.