TEORI ISLAMISASI TANAH MELAYU DARIPADA PANTAI TIMUR

TEORI ISLAMISASI TANAH MELAYU DARIPADA PANTAI TIMUR : SATU PENGAMATAN AWAL1

Oleh:

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,

Ab Halim Ismail &

Nur Adina Abdul Kadir

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya,

Email : faqir_ila_rabbih@um.edu.my

Prof. Dr Badlihisyam Mohd Nasir,

Fakulti Tamadun Islam,

Universiti Teknologi Malaysia

Email: badlihisham@uTanah Melayu.my

  1. Pengenalan

Sejarah adalah ilmu terpenting bagi mematangkan pemikiran manusia. Kepentingan ilmu sejarah ini terbukti apabila sebahagian besar daripada kandungan al-Quran mengandungi maklumat sejarah umat yang terdahulu. Pengetahuan sejarah ini bersesuaian kemampuan akal manusia yang mampu melihat,2 merakam3menganalisa,4 membuat andaian dan ramalan5 tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini diberikan penekanan oleh al-Quran terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,6 untuk diambil iktibar oleh umat Islam bagi merangka program perancangan masa hadapan dengan lebih baik dan terancang.

Atas dasar ini, artikel ini akan cuba membuktikan Pantai Timur Tanah Melayu (Terengganu, kelantan dan pahang) sebagai pusat perkembangan Islam terawal di Tanah Melayu. Apa yang dimaksudkan pusat perkembangan iaitu pusat aktiviti keIslaman melalui perkembangan ilmu agama, perundangan, dakwah, sistem politik, sosio-budaya dan ekonomi. Untuk mencapai objektif ini, kita akan mengemukakan beberapa bukti utama yang bakal mendokong teori Islamisasi daripada sebelah pantai timur Tanah Melayu. Hanya dengan cara ini kita dapat berbangga dengan realiti ini sebagai asas tradisi Islam untuk generasi akan datang, dan diharapkan kajian secara mendalam patut dilakukan terhadap teori ini.

5. Kesimpulan

 Sebagai rumusan akhir, setakat yang telah dikemukakan dengan panjang lebar dalam kajian ini, dapat dikatakan bahawa kawasan pantai timur Tanah Melayu (Kelantan, Terengganu dan Pahang) memang merupakan tempat terawal di Tanah Melayu yang menerima dan menghayati ajaran Islam secara holistik. Kesemua perkara ini boleh dirujuk kepada bukti yang dikemukakan dalam kajian ini. Setakat yang telah dibentangkan, kita dapat mengetahui masyarakat wilayah Timur Laut yang agak unik dan mempunyai elemen konstektual yang tersendiri berbanding dengan masyarakat Islam daerah lain di Malaysia. Demi untuk melengkapkan lagi pandangan ini, suatu kajian lanjutan khususnya di peringkat pasca siswazah perlu dilakukan, sekurang-kurangnya bagi menggali warisan tradisional Melayu-Islam di wilayah timur laut ini yang memang kaya dengan pelbagai sumber keilmuaan yang amat berguna.

1 Kertas Kerja ini dibentangkan sempena Kolokium Islam Pahang ‘Meraikan Ilmu’ Siri 4 pada 18-20 Oktober 2014 di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang.

2 Quran 4:82; 47:22-24

3Quran 3:190-191 

4 Quran 2:164

5 Abdul Halim el-Muhammady (2002) , Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan, Kuala Lumpur, h. 95-107.

6 Quran 42:13.