Galeri Istana Sebagai Institusi Intelektual Melayu

Istana Melayu pada zaman silam menjadi tempat di mana segala bentuk hikayat, epik, puisi dan kesusasteraan klasik dikarang, ditulis oleh para ilmuwan dan jurutulis yang mendokumentasi dan meriwayatkan tentang perihal kehidupan, adat istiadat, hiburan, susur galur keturunan (genealogy), hal ehwal politik istana, adat resam dan kebudayaan, ilmu perubatan dalam menyembuhkan penyakit, serta pelbagai lagi cara hidup masyarakat ketika itu. Hikayat-hikayat dan catatan lama ini dicatatkan dalam tulisan Jawi dan disalin semula beberapa kali oleh jurutulis istana dan menjadi rujukan penting pada ketika itu. Antara karya agung sastera Melayu yang dihasilkan adalah seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Bustanus Salatin dan Hikayat Pahang. Nukilan puisi syair yang dihasilkan pula adalah seperti Syair Selindang Delima dan Syair Siti Zubaidah. Hasil kesenian lain adalah seperti muzik, tekstil, seni perak dan tembaga. Alatan perak dan tembaga seperti sudu, tepak sirih, bekas perenjis air mawar, tempat bara dan sebagainya adalah perkakas yang sering digunakan dalam adat istiadat perkahwinan selain dijadikan hiasan serta untuk kegunaan harian. Selain itu, terdapat juga koleksi seramik yang kebanyakannya adalah persembahan para pedagang daripada luar negara seperti China, India, Jepun, British dan sebagainya.

Maklumat Pameran

Kongsi halaman →
Facebook
Twitter

Tiket Kemasukan

Available in Muzium Sultan Abu Bakar (Pekan)