Muzium Masjid Al-Sultan Abdullah
Bandar DiRaja Pekan

Mengenai Muzium Masjid
Muzium Masjid Sultan Abdullah adalah sebuah ruang yang disediakan untuk mempelajari masa silam dan dijadikan pelajaran berguna dalam membangunkan nilai-nilai kemanusian, intelektual dan menerbitkan rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah SWT. Muzium-Masjid ini menjadi platform kepada masyarakat untuk berhimpun, bertukar-tukar fikiran, berdiskusi dan media dakwah yang terbuka kepada semua, tanpa mengira warna kulit, bahasa, paras rupa, suku kaum dan sebarang bentuk perbezaan agama, politik dan budaya. Ia menyediakan sebuah ruang untuk mengenali Islam secara lebih mudah dan santai di samping menjadi pusat ibadat, ilmu, pembelajaran, pertemuan, perbincangan serta ruang bagi meraikan kepelbagaian. Pameran Muzium Masjid Al-Sultan Abdullah bertemakan kerajaan-kerajaan Islam, sumbangan Islam dalam membentuk tamadun manusia, masjid-masjid dan peradaban manusia, Islam di Alam Melayu khususnya di Pahang. Turut mempamerkan artifak-artifak berkaitan Islam seperti koleksi al-Quran, seramik, dinar, peralatan bedah, astrolab, Batu Nisan Permatang Pasir, Timba Tembaga, Hukum Kanun Pahang, lukisan artistik Husin Hourmain serta koleksi keluarga Diraja Pahang.
Pameran

Kedatangan Islam di Pahang 1028 Masihi
Batu Nisan Permatang Pasir Kedatangan Islam di Pahang dibuktikan dengan

Islam’s contributions to human civilization
After the passing of Prophet Muhammad (PBUH) his followers moved
Koleksi gambar
Waktu pembukaan
Tutup untuk pengubahsuaian
- Selasa → Ahad | 9.00 Pagi - 4.30 Petang
- Isnin | Tutup
- Peta
Tiket
- Dewasa: Percuma
- Kanak-kanak (U12): Percuma
- Pakaian seragam: Percuma
- Antarabangsa (semua): Percuma
Alamat
Perbadanan Muzium Negeri Pahang,
Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-4221371
Fax: 609-4221572