Muzium Pulau Beram
Bandar DiRaja Pekan

Mengenai muzium Pulau Beram
Galeri Pengangkutan Air mempamerkan contoh serta model perahu-perahu atau kenderaan sungai yang pernah digunakan di negeri ini. Kenderaan air primitif seperti perahu kulit kayu, rakit buluh dan perahu jalur menjadikan bukti tentang manusia prasejarah, yang kenderaan itu telah digunakan sejak 4000 tahun lalu di Pahang. Jumpaan seperti Perahu Pontian menguatkan lagi tentang kenyataan itu. Sungai Pahang yang menjadi laluan perhubungan di kawasan pedalaman sejak zaman awal lagi dan bukti arkeologi menunjukkan wujudnya penempatan prasejarah di sepanjang Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan di hulu Sungai Pahang. Perancangan Muzium Pahang dalam membangunkan semula Galeri di Pulau Beram terdiri daripada kompenan-kompenan iaitu Muzium Perahu, Galeri Arca Terbuka, Sekolah Tengku Azizah dan Taman Diraja AL-Sultan Abdullah. Oleh itu Muzium Pahang dalam proses membangunkan dan penjenamaan semula galeri ini bagi memastikan peninggalan dan maklumat berkaitan pengangkutan air di Negeri Pahang tidak terus hilang.
Menciptakan Pulau Beram yang baru
Pameran
Not yet available
.
Koleksi gambar
Belum ada
.
Waktu pembukaan
Tutup untuk pengubahsuaian
Alamat
King Park, Al-Sultan Abdullah (Pulau Beram),
Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-4221371
Fax: 609-4221572