Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah

Bandar DiRaja Pekan

Mengenai perkampungan

Perancangan bagi pembangunan Pulau Keladi untuk menjadi suatu pusat pembangunan bukan sahaja untuk pembangunan tenun semata. Idea penjenamaan semula ini adalah untuk menaiktaraf kompleks ini sebgai satu pusat kraf di Negeri Pahang. Pahang sebagai suatu negeri yang kaya dengan seni warisan dan budaya dilihat menjadi keperluan pentingnya pusat seperti ini. Segala jenis seni kraf tradisi akan dihimpunkan setempat dan dibangunkan secara sistematik untuk pengekalan masa hadapan. Setelah hampir berbelas tahun dibangunkan sudah tiba masanya untuk memberi wajah baru dengan sentuhan yang lebih ekslusif maka dengan ini pusat kraf di Pulau Keladi ini akan dikenali sebagai Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah. Pembangunan ini merangkumi semua komponen lama yang akan dinaiktaraf termasuk IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Rumah kelahiran Tun Abdul Razak,Balai Permaisuri, Rumah Tradisional Melayu Pahang,Cheminah Sayang dan asrama pelajar. Selain itu komponen baru melibatkan pembinaan blok bangunan baru, bengkel seni kraf ,penambahan prasarana dan penambahbaikan bangunan yang sedia ada bagi memenuhi keperluan pengunjung seperti cafe dan rumah rehat berkonsepkan tradisional seperti rumah Haji Mohamad Dahan.

Perkampungan baru

Pameran

Belum ada

.

Koleksi gambar

Belum ada

.

Waktu pembukaan

Tutup untuk pengubahsuaian

Alamat

Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah,
Kampung Pulau Keladi,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-4221371
Fax: 609-4221572